Jan 5, 2013

Segmen Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Salam,,

Redakan seketika kehangatan dan demam final exam. Paper final yang pertama yang cukup "mengujakan". Mungkin terlalu awal untuk memulakan persiapan untuk paper final yang seterusnya. Jadi curi sedikit masa untuk sertai segmen dari blogger ikutan ramai Hasrul Hassan, Tambah Trafik, Tambah Follower 2013.


Blog Hasrul Hassan tak lagi asing bagi ambo. Di peringkat awal ambo terjun ke dunia blog, blog bro HH inilah ambo jadikan panduan, dalam mempelajari selok belok dunia blog. 

Banyak tip-tip yang mudah difahami kerana telah diolah dalam bahasa yang mudah sampai ke kumpulan sasaran iaitu blogger baru. Dalam kata lain, blog Hasrul Hassan ini boleh dikatakan sebagai blog pendidikan buat blogger terutamanya blogger baru yang masih mencari tapak..seperti blog Bad Storyteller ini. 

Kepada anda yang baru singgah di Dunia Bawah Tempurung pasti ingin tahu ada apa di blog Badstoryteller (Dunia Bawah Tempurung)? Macam-macam ada. Tapi entri di blog ambo (saya) lebih kepada perkongsian perkara yang dekat dengan kehidupan ambo. Contohnya sukan seperti bola sepak yang melibatkan Liga Malaysia, Pasukan Harimau Malaya dan lain, kehidupan di kampus, info-info semasa, live streaming, dan lain-lain artikel yang menarik untuk dikongsikan dan di olah dari sudut pandangan ambo.

Blog Dunia Bawah Tempurung ini hakikatnya masih bertatih dan banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Jadi kritik dan saran senantiasa dialu-alukan agar kekurangan yang terlepas pandang tadi dapat diatasi..


#notaBuruk::All the best untuk semua calon-calon MSMW2013.

Photobucket

8 comments:

  1. Ini kali kelima aku komen segmen...
    memang suruh aku join ini...hehehheh

    ReplyDelete
  2. tq sudi singgah..
    nntikn kunjngan balas ambo haha

    ReplyDelete
  3. slmt dtg ke dunia bawah tmpurung Lynn

    ReplyDelete
  4. slmt dtg ke dunia bawah tempurung bro..
    haha nnti ambo terbang ke sana plak..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...