Sep 24, 2012

Scoreboard LED Stadium Sultan Muhammad IV

salam,,

Terasa bahang kepenatan otak berfikir dan jasad ke hulu ke hilir. Semuanya semata-mata kerana sebuah event yang melibatkan ribuan peserta..seyes ini lah tension paling maksima pernah ambo lalui.

Dalam keterbatasan masa, ambo dapat tahu scoreboard LED Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sudah pun siap dan kelihatan sungguh menarik dan tertarik. Ambo kira itu satu keterujaan baru buat penyokong the red warrior  (TRW)yang berkunjung ke stadium.

Mungkin bagi kebanyakkan penyokong pasukan lain sudah biasa dengan scoreboard di stadium mereka, tetapi bagi penyokong setia TRW kewujudan scoreboard itu menambahkan lagi seri stadium keramat pasukan Kelantan yang tak pernah menghampakan dari segi bilangan penonton.

scoreboard led stadium sultan muhammad IV
sumber gambar : FB Super warrior
Tahniah, syabas dan terima kasih kepada Tan Sri Anuar Musa (TSAM) yang menunjukkan kreadibiliti seorang pemimpin yang berkarisma. Pengambilalihan tampuk kepimpinan Kelantan FA oleh TSAM berjaya mengubah suasana bola sepak Kelantan baik persembahan pemain dalam padang mahupun kelibat penyokong setia TRW di luar padang.


#notaburuk:: Mencari penyelesaian terbaik untuk masa depan.
Photobucket

Sep 17, 2012

Bantahan filem 'Innocent Of Muslims' Seluruh Dunia

salam,,

Sekali lagi kesabaran umat Islam dicabar dan sekali lagi peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di fitnah, di hina dan di perkotak-katikkan. Filem "Innocent of Muslims" hasil karya sutradara dan produksi oleh Israel-Amerika sebuah kelompok pengembang real-estate Sam Bacile,52.

Dalam klip video tersebut, yang dimuatnaik ke sesawang YouTube, menggambarkan Rasul junjungan kita sebagai penipu, mempertontonkan baginda berhubungan seks dan menyerukan pembantaian...nauzubillah!!

Menurut media Mesir, video ini diproduksikan di Amerika Syarikat baru-baru ini oleh kelompok anti-Islam. Sebagai Umat Islam kita semestinya merasa terhina apabila Nabi Muhammad s.a.w yang kita sanjungi dan pastinya mendambakan syafaat Baginda s.a.w di akhirat kelak, dihina dalam bentuk apapun apalagi sampai dilakonkan dalam bentuk filem.

Berikut beberapa gambar yang memaparkan bantahan terhadap filem "Innocent of Muslims" di serata dunia.













Bagi ambo yang serba naif dan penuh kekhilafan ini, membuat bantahan terbuka itu perlu. Tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu lihat secara mendalam kenapa orang kafir berani mempermainkan perasaan Umat Islam. Sengaja cuba bermain api dengan kita Umat Islam? Kenapa?


Kerana kita belum bersatu. Teringat ambo akan satu ceramah yang menyebut orang Yahudi cukup gerun andai jumlah umat Islam yang solat Subuh berjemaah seramai yang jemaah solat Jumaat. Personally, ambo pun terasa kena atas batang hidung sendiri.


#notaburuk::Bersama berubah kearah kebaikan.

Photobucket

Sep 15, 2012

Bagaimana Menara Eiffel Dibina ?

salam,,

Kesempatan yang ada ini sempena cuti Hari Malaysia 16 september, sekali lagi ambo ingin kongsikan beberapa gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama mereka yang terjerumus ke dunia bawah tempurung ini.

Bila sebut Kota Paris pasti akan terbayang akan ke"romantik"kannya. Tahu-tahu saja lah Paris mendapat jolokan kota cinta yang selalu menjadi lokasi untuk berbulan madu.

Bila sebut Paris juga pasti tak akan terlepas dari mengaitkannya dengan mercu tanda Kota Paris iaitu Menara Eiffel atau Eiffel Tower yang dibina pada 1889. Namun tahukah kita bagaimana Menara Eiffel di bina.? Berikut ambo kongsikan sedikit gambar lukisan plan asas Menara Eiffel.








tapak asas menara Eiffel.







Panorama dari Menara Eiffel:


Mesej dari Thomas Edison yang melawat menara Eiffel pada 10 september 1889:
 M Eiffel the Engineer the brave builder of so gigantic and original specimen of modern Engineering from one who has the greatest respect and admiration for all Engineers including the Great Engineer the Bon Dieu, Thomas Edison.
Untuk rekod, menara Eiffel menjadi seni bina tertinggi di dunia pada 1889 sehingga 1930. Sehingga sekarang Menara Eiffel terus menjadi lambang kehebatan dalam bidang kejuruteraan seni bina.
Meskipun nampak simple tetapi pembinaanya cukup teliti dan terancang. Maka tidak mustahil seni bina Menara Eiffel terus kukuh dan berdiri megah seterusnya menjadi simbol kehebatan Kota Paris.

#notaburuk::...speechless


Photobucket

Sep 13, 2012

Gambar Majlis Pelancaran iPhone 5 di San Francisco

Salam,,

Berikut ambo kongsikan gambar sekitar majlis pelancaran iPhone 5 di Yerba Buena Center of The Arts San Francisco USA yang berlangsung pada 12 september 2012.


sah-sah semua yang hadir guna produk apple





Lepas ni mungkin tak ada lagi poket yang terbonjol keluar..sebab iphone makin nipis
Dan rasa bangga para pengguna iphone mungkin sedikit tersorok

















#notaburuk::penah-penah ambo habiskan masa kumpul gambar,agak-agak Apple ada rasa nak bagi ambo iPhone free ke..?

Photobucket