Aug 16, 2012

Persetujuan DiCapai | Van Persie Hampiri Old Traford



van persie manchester united
sumber gambar :    
Salam,,

Ura-ura mengatakan penyerang berbisa Arsenal, Robin Van Persie, 29 untuk meninggalkan Arsenal hampir menjadi kenyataan dan boleh dikatakan sudah sah pun.

Jika sebelum ini khabar angin mengatakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012  itu akan ke Manchester City atau Juventus namun RVP akhirnya dipancing oleh Manchester United dengan bayaran £24m.

Tentu sentap habis fans Arsenal. Sekarang ini cuma tinggal nak buat medical check-up dan uruskan beberapa hal peribadi beliau. Khabar ini disahkan menerusi laman rasmi Arsenal.com bukan ambo saja-saja bakar line fans Arsenal di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi menjelang Syawal.

Berita perpindahan RVP juga ada dimaklumkan dalam laman rasmi Manchester United.

Petikan dari Arsenal.com:
Arsenal Football Club can confirm that terms have been agreed for the transfer of Robin van Persieto Manchester United.
Petikan dari Manutd.com:

Manchester United is pleased to announce it has reached agreement with Arsenal Football Club for the transfer of Robin van Persie.

The deal is subject to a medical and the agreement of personal terms. A further announcement will be made in due course. 

Ini pula reaksi segera fans Arsenal. Bertahun simpan jersi akhirnya hangus dijilat api.

robin van persie

Apa-apapun itulah lumrah bola sepak professional yang berhijrah mencari cabaran baru. Mungkin Sir Alex Ferguson ada ramuan istimewa bagi menghadiahkan RVP trofi kejuaraan bersama Man United nanti. Dan ambo pula bertambah teruja untuk dapatkan jersi baru Man Utd. ehek..ehek!!

#KataAmbo:: Jika semalam dijulang, tidak mustahil esok hari di kutuk.
Photobucket

Aug 15, 2012

Kes Bakar Kekasih | Suspek Berusia 19 Tahun Diburu

Salam,,

Ambo rasa satu Malaysia sudah maklum akan berita seorang gadis 16 tahun, Nurul Firzanah, koma selepas dibakar oleh kekasihnya yang didakwa berusia 19 tahun. Maklumlah akhbar no.1 Malaysia yang melaporkannya.

Mangsa dikatakan keluar untuk bersahur dengan boyfren dia pada awal pagi dengan keizinan keluarga angkatnya. Berita lanjut mengenainya boleh baca di sini.

Terkini pula telah tersebar di laman-laman sosial Facebook gambar remaja lelaki yang dikatakan bertanggungjawab membakar gadis malang itu. Berikut adalah gambar yang didakwa sebagai boyfren Nurul Firzanah.

gambar suspek kes bakar kekasih


Gambar ini ambo dapat dari sumber yang mendakwa dirinya sepupu mangsa.  Untuk butiran lanjut anda boleh ke link individu yang menyebarkan gambar ini disini >> sumber gambar.

 Suspek dikatakan telah melarikan diri dengan motorsikal model EX5 warna maroon bernombor plat BLN 3093..Andai ada yang terserempak mohon laporkan kepada pihak polis.

Sebelum itu bagi mengesahkan lagi gambar tersebut adalah boyfren mangsa, ambo jumpa gambar berikut:


kes cubaan bakar bunuh kekasih
klik untuk paparan lebih jelas


Jadi anda yang terbaca post ni boleh share di laman facebook, twitter ataupun apa-apa platform yang anda ada agar suspek tertangkap. Ini pula akaun facebook suspek. Meskipun muka macam samseng tapi tetap ada facebook..Dani Tiger 

Adalah tidak adil jika mangsa bakar itu terlentang di hospital dalam keadaan koma bertarung dengan maut sedangkan suspek bebas berhari raya diluar sana. Kalau dibiarkan terlepas begitu saja tak mustahil akan buat lagi di masa akan datang dan entah gadis mana lagi yang akan hangus.

Dalam sibuk-sibuk umat Islam bakar lemang, bakat biskut tart dan almond london dia pi bakar awek. ada ka patut.

sumber lain: sozcyili

notaburuk::gaya berpotensi jadi samseng jika tak dididik dengan baik..aisyy darah muda kan?

Photobucket

Pemain Bawah 17 Tahun Malaysia Sertai Kelab Atletico Arezzo

Salam,,

Sean Gan Giannelli sertai Kelab Serie D Itali- Atletico Arezzo | Mungkin ramai yang sudah tahu. Tapi mungkin juga yang terlepas pandang akan berita ini. Maklumlah beberapa hari sebelum ini heboh tentang kejayaan Datuk Lee Chong Wi dan Pandalela Rinong bawa pulang pingat dari sukan Olimpik London.

Jika sebelum ini Nazmi Faiz Mansor berjaya menembusi liga bola sepak Eropah dengan mengikat kontrak selama 3 tahun bersama kelab Liga Portugal, Biera Mar. Terbaru ada seorang lagi bakat muda Malaysia yang berjaya tembusi liga Eropah.

Bakat muda tersebut ialah Sean Gan Gianneli,15 dari skuad bawah 17 tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang juga skuad pelapis bola sepak kebangsaan.

sean gan giannelli


Sean akan menyertai kelab Serie D Itali, Atletico Arrezo B17 pada 20 Ogos selepas berjaya memikat barisan kejurutatihan kelab tersebut. Mungkin ramai yang masih tidak mengenali beliau. Ambo pun sama. Bunyi nama macam mat saleh. Sebenarnya Sean merupakan pelajar SSBJ anak kacukan Itali-Malaysia.

Sean yang bermain pada posisi penyerang telah mempamerkan skil yang cukup baik sehingga mengagumkan jurulatih kelab Serie D tersebut, iaitu Abel Balbo, yang juga bekas pemain kebangsaan Argentina era Maradona.

Menurut kata ayahnya, Massimo kejayaan ini menjadikan Sean Gan Giannelli rakyat Malaysia pertama berjaya memasuki kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani sesi percubaan pada Jun lalu.


notaburuk::harap-harap boleh jadi sehebat  Mario Balotelli..hehe.Satu pesan dari ambo jangan lupa khidmatmu kepada Harimau Malaya nanti.



Photobucket

Aug 14, 2012

Doa Perpisahan Sebelum Musafir- Ustaz Zahazan


Salam,,

Doa Perpisahan Sebelum Musafir | Ramadhan sudah masuk minggu terakhir. Pasar raya seluruh negara mula tawarkan harga runtuh untuk pancing pembeli. Iklan-iklan di kaca televisyen pun tak kurang hebat juga dengan rancangan raya yang bakal kunjung tiba dan iklan raya yang lagi hebat dari sesetengah drama kat tv.

Dan yang pasti anak perantauan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran. Semestinya mereka akan meninggalkan rumah dan harta benda yang lain untuk sementara waktu.

Jadi disini ambo ingin kongsikan satu doa iaitu doa sebelum musafir yang ambo petik dari laman Facebook Ustaz Zahazan Mohamed. Doa ini turut dikongsi oleh Ustaz Zahazan semasa muncul dalam rancangan MHI di tv3 pagi tadi.

doa perpisahan sebelum musafir
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Harap perkongsian doa sebelum musafir berikut dapat dijadikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk mereka yang bakal bermusafir. aamin!

notaburuk::untung cuti awal. tak perlu bersesak-sesak balik kampung..ahaaha

Photobucket

Dilema broadband dan Giveaway Cik Tom


Salam Ramadhan sekalian umat Islam,

Broadband dan Cik Tom. Apa kaitan antara kedua-duanya? Adakah Cik Tom itu jenama broadband terbaru??

Sebenarnya broadband itu broadband lah..Yang cucuk kat laptop pastu boleh online. Dan Cik Tom pula seorang blogger. well kalau sesiapa join contest seo Eyriqazzvs Denaihati pasti kenal cik tom sebab dia salah seorang penaja contest tersebut..

Jadi kaitan antara kedua-duanya ialah misi ambo untuk sertai giveaway kedua Cik Tom tergendala gara-gara signal broadband yang sering terputus..Ini sudah masuk kali ke-3 ambo refresh dan refresh..aiseh!! nasib baik puasa sekurang-kurangnya terbantut niat untuk #$!2#)^?.

Berbalik kepada giveaway Cik Tom yang akan tamat pada 31 Ogos 2012 tadi untuk menyertainya ambo telah di'interview' oleh Cik Tom
(kononnya lah) bagi memastikan kesungguhan ambo untuk sertai segmen ini..haha Cik Tom interview ambo..ko hado??
cik tom punye banner 

Ikuti sesi 'interview' ambo bersama Cik Tom..haha

Lokasi::Atas line broadband
Masa::menjelang Syawal

CikTom : hai mr Badstoryteller. how are you?
Mr Bad  : hai.!well..i'm fine and good-good aje..Oh my english!!
CikTom : so before i'm allow you to join my giveaway i've some questions to ask you. Are you ready?
Mr.Bad  : ahhaha..yes..yes!!cakap melayu..can,can-can??eheh!
CikTom : Oh ya boleh-boleh..(lorh nama Mr Bad..ingatkan omputih).
                Dari manakah permulaan Mr Bad kenal blog Cik Tom? blogwalking ker,,atau google
                search?? atau macam mana?
Mr Bad  : First time ambo kenal blog Cik Tom semasa ambo join segmen Giveaway budak nakal tidak
               lama dulu dengan tajuk entri Cebisan Kisah Si Budak Nakal.Jadi semasa blogwalking di sana
               ambo jumpa blog Cik Tom ..Pastu ambo terus
               jadi pengikut(follower) blog Cik Tom.
CikTom : ehhehehe, terimas!(hmm bleh percaya ker?).
               Ok, boleh Mr Bad kongsikan artikel manakah yang ada dalam blog Badstoryteller ini yang Mr
               Bad rasa antara yang terbaik. Dan mengapa artikel itu Mr Bad katakan ia terbaik.?
Mr Bad  : Cik Tom,,Cik Tom,,Cik Tom,,Tom-Tom Bak...eh!hihi.
              Meskipun ambo ini Mr Bad tapi semua artikel ambo rasa terbaik..
CikTom : (cehh..poyo,nasib baik puasa klaw tak kat sini jugak aku muntah.).
Mr Bad  : hehe. Tak de lah. Cik Tom bergurau saja. Sebenarnya pada hemat ambo
              (dengan nada serius) artikel ataupun entri ambo yang terbaik pada penilaian ambo
              adalah..sekejap nak cek!....
              artikel yang terbaik adalah Sejarah Ustaz Azhar Idrus Belajar Agama. Ambo pilih yang itu
              sebagai terbaik kerana ia adalah entri paling banyak pageview untuk blog ambo..hehe(segan).
              Artikel Sejarah Ustaz Azhar Idrus Belajar Agama itu mengisahkan bagaimana permulaan
              beliau mempelajari ilmu agama Islam dari pelbagai guru atas kehendak dan keinginannya
              sendiri.
              Ustaz Azhar juga meninggalkan segala pekerjaannya bagi memberi fokus untuk mendalami
              ilmu agama Islam ini.Apakah yang mendorong beliau untuk mendalami ilmu agama kenalah
              baca >> Sejarah Ustaz Azhar Idrus Belajar Agama <<.

Cik Tom : hmmm..not bad ye Mr Bad. Jadi itu saja lah soalan dari Cik Tom.
Mr Bad   : Itu je ker?? hadiah tak nak cerita ke? dapat apa kalau menang?
Cik Tom : Lorh nak hadiah rupanya..ingat saja nak menyembang dengan Cik Tom.
                Ok.Wang tunai RM 210 secara keseluruhan akan menjadi rebutan tajaan cik tom,
                JebengOtai, Onlajer,Nazri, HatiPutera, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.
             
               Untuk pemenang pertama iaitu bagi cabutan pertama dapat RM 30. Ada 20 cabutan  
               kesemuanya termasuk juga untuk entri
               terbaik.Untuk maklumat lanjut tentang hadiah yang ditawarkan lawati link ini. Senarai Gambar 
               Hadiah Giveaway Cik Tom dan giveaway ke-2 dari Blog Cik Tom
Mr Bad   :Hah yang tu nak dengar tu!!
Cik Tom :Baiklah Mr Bad Cik Tom chow dulu..Gud luck. Jangan ingat Cik Tom dah 'interbiu' ni Mr
               Bad boleh menang free-free..tak dapat la der..bersaing secara sihat.
Mr Bad : hehehe..yer Cik Tom!Link blog ambo tersenarai dalam blog Cik Tom dah cukup ok!)=


Demikianlah sedikit al-kisah hikayat broadband dan Cik Tom.Assalamualaikum!
“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer,NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

notaburuk:: Kesabaran yang tinggi diperuntukkan bagi menyiapkan entri ini..haisyy!!Oh signal

  Photobucket

Aug 10, 2012

Olimpik 2012 | Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa Terjun 10 Meter Platform



Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa Olimpik 2012 | Tiada yang lebih mengujakan peminat sukan Malaysia terutamanya kontinjen Malaysia di London apabila ratu terjun negara menghadiahkan sebutir pingat gangsa dalam acara 10 meter platform wanita semalam. Serius ambo pun teruja.

pandalela rinong, olimpik london 2012




Jika di separuh akhir, Pandalela hanya berkedudukan di tangga ke-5, namun terjunan menyakinkan dari beliau pada aksi final membolehkan Pandalela meraih pingat gangsa yang merupakan pingat kedua Malaysia. Pingat emas acara itu milik tak lain tak bukan, penerjun China Cheng Ruolin.
Meskipun hanya gangsa, tapi bagi ambo pada peringkat Olimpik ia sangat bermakna bagi seseorang atlet dan Malaysia.

olimpik 2012 10 meter platform wanita
                                       

Sememangnya Pandalela merupakan salah satu prospek pingat negara di Olimpik London 2012 ini selain Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton yang telah pun menang pingat perak dan Azizulhasni Awang menerusi basikal trek yang hanya mampu di tempat ke-6 keirin akhir.

Berdasarkan rekod, kini kontinjen Olimpik 2012 Malaysia telah menyamai pencapaian ketika Olimpik Atlanta 1996 yang meraih satu perak( beregu badminton-Cheah Soon Kit & Yap Kin Hock) dan satu gangsa (perseorangan lelaki badminton-Rashid Sidek).

Pada hemat ambo, Malaysia berpeluang menambah sebutir lagi pingat andai kata seorang lagi penerjun Malaysia, Bryan Nickson Lomas mampu beraksi dengan baik dalam acara 10 meter platform lelaki. Acara tersebut akan berlangsung pada Jumaat 10 ogos 2012 jam 7 pm waktu London kira-kira Sabtu 11 Ogos jam 2 pagi waktu Malaysia.


notaburuk::tetiba jejari ambo jadi aktif atas keyboard.

Photobucket

Aug 9, 2012

Olimpik 2012 | Pandalela Rinong Mara ke Separuh Akhir 10 meter platform


                                         pandalela rinong pamg, olimpik london 2012

Pandalela Rinong berpeluang raih pingat Olimpik 2012 | Ratu Terjun Malaysia, Pandalela Rinong berpeluang cerah untuk menghadiahkan sebutir pingat untuk kontinjen Malaysia apabila mara ke peringkat separuh akhir acara terjun 10 meter platform wanita yang dijadualkan berlangsung pada Khamis 9 Ogos jam 10.00 am (waktu UK)....kira-kira pukul 5 pm waktu Malaysia.

Dalam saingan kelayakan semalam, Pandalela berkedudukan di tangga ke-2 dibelakang penerjun China.
Jika konsistensi beliau dapat dikekalkan sehingga ke saingan akhir, tidak mustahil Pandalela mampu menambah pungutan pingat kepada kontinjen negara bagi temasya Olimpik 2012 di London ini.

olimpik 2012 terjun 10 meter platform wanita

Namun kecemerlangan Pandalela gagal dituruti seorang lagi penerjun negara, Traisy Vivien yang sekadar di tempat ke-22...

keputusan terjun 10 meter platform olimpik 2012




notaburuk::ambo rasa ni la peluang terbaik Pandalela untuk jadi jutawan muda andai menang emas.


Photobucket

Aug 8, 2012

Olimpik 2012 | Azizulhasni Awang tewas di final acara keirin



Azizulhasni Awang tewas dalam aksi akhir keirin Olimpik London 2012 | Impian untuk 28 juta rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen olimpik Malaysia meraih pingat kedua musnah apabila pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang tewas dalam aksi akhir acara keirin sukan olimpik London 2012 semalam.

Dalam perlumbaan akhir tersebut, azizul hanya mampu menduduki tangga tercorot dari 6 pelumba yang layak ke saingan akhir. Pingat emas perlumbaan tersebut telah dimenangi oleh pelumba tuan rumah, Great Britain iaitu Chris Hoy.

keputusan basikal trek keirin olimpik 2012


Meskipun gagal meraih pingat, Azizulhasni sekurang-kurangnya telah memperbaiki pencapaiannya bagi acara keirin ini semasa Olimpik Beijing 2008 yang mana beliau meraih tempat ke-10.

Sebelum itu dalam acara pecut, Azizul hanya mampu melangkah sehingga ke peringkat suku akhir sahaja sebelum tewas juga kepada pelumba Great Britain, Jason Kenny yang akhirnya meraih emas bagi acara tersebut.

Apapun Azizul masih berpeluang untuk menebus kegagalan tersebut pada Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil..Jika di Olimpik Beijing 2008 di tempat ke-10, Olimpik London 2012 di tempat ke-6, maka tidak mustahil untuk menang pingat di Olimpik Rio 2016 jika prestasi beliau terus konsisten dan terus meningkat.


azizulhasni awang keirin olimpik london 2012




notaburuk::cuba lagi di Olimpik Rio 2016
Photobucket

Aug 5, 2012

Eyriqazz VS Denaihati - SERP Tak Menentu

salam..

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati makin meriah. Kenapa ambo berkata demikian? Kerana dari sehari ke sehari ada saja entri terbaru yang terbit di enjin carian Google.

Sebagai blogger picisan yang serba noob tentang SEO ini memang terasa ibarat perahu kecil di tengah lautan bergelora. Lintas saja kapal besar terus hanyut ke tepi...ceewahh!!

Samalah dalam konteks cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini. Bila terbitnya entri dari mereka yang lebih lama dengan selok-belok SEO ini maka entri ambo yang ambo sendiri pun tak pasti kekuatan dari segi SEOnya pun terperosok ke page berikutnya. Tetapi ada masanya ia naik kembali. Begitulah tunggang langgangnya kedudukan ranking entri penyertaan ambo.

Setakat ini entri penyertaan ambo bagi contest SEO Eyriqazz vs Denaihati merayap sama ada di 3rd page, 4th page dan pernah sekali di 1st page tapi entahlah mungkin secara kebetulan. Terbaru sebelum entri ini diterbitkan, entri ambo- Eyriqazz vs Denaihati - Cabaran SEO Sengit; berada di page 5..

cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
semakan terakhir.

Tapi ambo tak kisah pun. Kenapa??
Sebab semenjak ambo mengenali dan mencuba nasib dalam SEO ini ambo makin berminat untuk tahu dan belajar lebih mendalam apa itu SEO.

Jika sebelum ini ambo ambil mudah saja tentang SEO ini tapi kini macam-macam istilah ambo jumpa.
Baik SEO itu sendiri yang mana ada pula On-page SEO yang membabitkan jenis header H1, H2 dan sebagainya dan Off-page SEO, jumpa pula istilah SERP- Search Engine Result Page; backlink dan macam-macam lagi yang mana perlukan masa dan kesungguhan untuk mempelajarinya.

Selain itu ambo juga dikenalkan dengan istilah meta description yang mana amat penting untuk sesebuah blog yang mana ia berfungsi sebagai pemuat meta informasi yang mendiskripsikan tentang isi halaman sesebuah blog itu. Jadi diringkaskan kata makin hari makin jauh ambo meneroka, dari satu site ke site yang lain, dari satu blog ke satu blog yang lain semata-mata nak tahu istilah-istilah di atas.

Jadi ambo simpulkan disini, tak rugi ambo mengambil bahagian dalam cabaran SEO itu kerana telah membuka mata ambo akan luasnya ilmu blogging. Cuma pengurusan masa penting bagi ambo supaya keutamaan pada komitmen pengajian di kuliah tidak terabai. Takut "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".


notaburuk::Bila lihat kod-kod html,teringat betapa 'stress'nya dalam kelas computer programming C++ dulu.

Photobucket

Aug 3, 2012

Undian Piala Malaysia 2012

Salam Ramadhan,,

Undian Piala Malaysia 2012 telah pun diadakan pada petang tadi semalam bertempat di Dewan Felda Jalan Semerak. Majlis undian turut disiarkan secara langsung menerusi Saluran 801 Astro Arena.

Sejujurnya ambo terkesima melihat undian tadi lebih-lebih lagi bila melihat saingan kumpulan B yang digelar kumpulan maut. Misi The Red Warriors untuk memburu kejuaraan ketiga musim ini nampak agak getir apabila bakal berdepan naib juara Piala Malaysia 2011 yang juga seteru pantai timur iaitu Terengganu.

Turut serta dalam kumpulan 'maut' ini ialah juara Liga Perdana 2012 pasukan ATM dan diikuti bekas juara double treble Kedah. Yang menariknya barisan pemain Kelantan bakal berdepan pasukan bimbingan bekas jurulatih sebelum ini iaitu James Peter Butler (Terengganu) dan B.Sathianathan (ATM).

kumpulan Piala Malaysia 2012


Yang ambo kurang puas hati sket bila Kumpulan A nampak seperti bakal dimonopoli oleh pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII.

Apa-apa pun ambo harap Piala Malaysia tahun 2012 ini terus kekal di bumi Malaysia. Jangan sampai 'terbang' ke seberang tambak sudah ler...kehkeh!!

Seperkara lagi saingan Piala Malaysia dijangka bermula pada 4 Syawal..maka penuhlah stadium dengan baju melayu dan bersamping..haha!!

notaburuk::Ambo harap Bojan Hodak ada ramuan istimewa untuk sekali lagi menjulang Kelantan bagi saingan Piala Malaysia kali ini.

Photobucket