Jun 30, 2012

Germany Kalah Lagi

Salam.

"Perhatian kepada mana-mana student yang ada tercicir kunci sila datang ke hadapan. Kunci ini ada kincin kasut, ada bendera German...yang kalah semalam..!!"

Demikian pengumuman dalam dewan exam yang mencelikkan mata ambo yang mengantuk, menyentap mental ambo yang stress tak dapat jawab soalan final.

German kalah..bro!!


Luck German memang tidak berpanjangan....

  • Piala Dunia 2002 di Korea Japan kalah dgn Brazil di FINAL. 
  • Piala Dunia 2006 German (tempat sendiri) kalah dengan Italy di SEPARUH AKHIR..
  • Euro 2008 di Vienna Austria kalah dengan Spain di FINAL..
  • Piala Dunia 2010 di South Africa kalah lagi dengan Spain di SEPARUH AKHIR...
  • dan TERKINI kalah lagi di EURO 2012 di SEPARUH AKHIR kepada Italy 2-1..





malang Germany memang ketara!!
Seyes ambo bersimpati sama itu Germany..Baru terniat ambo mahu beli jersi German (away).

Jadi dengan tersingkirnya Germany, maka dengan ini calon juara ambo berfirasat jadi milik ITALY..


notaburuk::..tapi sebelum Euro 2012,kecoh seketika Italy pasal rasuah!

Photobucket

Jun 26, 2012

Syukur vs Sabar

Salam,,
Ambo cuba mula pagi selasa ini dengan maksud Surah Ibrahim ayat 7

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Susah untuk bersabar, susah lagi untuk bersyukur!!

Tengah cuba untuk lajukan tempo study tiba-tiba.Pulpp!!tetiba mood ambo nak study terpadam. Mati dan terus kaku..

Ambo dah agak dah sindrom malas kembali.Bertandang bersama-sama dengan kepala berserabut...
Tension lagi!!

Jika di flash kembali garis masa sejak semester pertama ambo di UiTM shah alam ni tak pernah lagi ambo dapat melalui hari-hari ambo dengan tenang...

Dekat-dekat final lagilah..terasa bangang tahap abadi..uihh!!

Terlalu banyak menggendong dosa barangkali...(sedar diri pun)

Insyaallah dihitung kira pakai formula mudah....ada lagi 2 tahun ambo dengan status pelajar U.



Entah hujan, ribut, kemarau atau apa untuk tahun- tahun mendatang..Ok lah itu bukan kerja ambo untuk terlalu memikirkan apa plot cerita di hari esok..

Itu urusan Allah s.w.t!! Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk ambo!!

Jika kejayaan itu elok untuk ambo, alhamdulillah syukur ambo panjatkan dan minta supaya tidak lupa diri,,
Jika gagal itu elok untuk ambo, berilah ambo kesabaran dan tetapkan iman agar ambo redho dan tetap dalam bersyukur..


Photobucket

Jun 21, 2012

Samsung GALAXY S III

salam,,

Semenjak dua tiga per empat menjak ini, iklan nuffnang di blog dunia bawah tempurung dan juga di blog-blog lain yang turut menampalkan iklan nuffnang rancak memaparkan iklan Samsung GALAXY S III...


Uiihh,,tak sanggup mata ambo menatapnya apatah lagi meng'klik' nya.
Tapi seyes macam menarik...Biasalah manusia benda yang bukan hak milik itulah yang menarik..
Tak reti bersyukur..hahaha kena batang hidung sendiri!!

Sedikit sebanyak info mengenai model Samsung  I9300 Galaxy S3::


CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash, check quality
FeaturesSimultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization
VideoYes, 1080p@30fps, check quality
SecondaryYes, 1.9 MP, 720p@30fps
MEMORYCard slotmicroSD, up to 64 GB
Internal16/32/64 GB storage, 1 GB RAM
FEATURESOSAndroid OS, v4.0.4 (Ice Cream Sandwich)
ChipsetExynos 4212 Quad
CPUQuad-core 1.4 GHz Cortex-A9
GPUMali-400MP
SensorsAccelerometer, gyro, RGB sensor, proximity, compass, barometer
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML, Adobe Flash
RadioStereo FM radio with RDS
GPSYes, with A-GPS support and GLONASS
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsPebble blue, Marble white
 - MicroSIM card support only
- S-Voice natural language commands and dictation
- Smart Stay eye tracking
- Dropbox (50 GB storage)
- Active noise cancellation with dedicated mic
- TV-out (via MHL A/V link)
- SNS integration
- MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (Swype)


info lanjut:: klik sini Samsung Phone

Apapun, dipendekkan kata, jual lappy ambo pun belum tentu dapat benda ni..!!

Dan semalam ambo ada sembang macam mana nak jana pendapatan dari sesuatu event yang dijalankan..senang kata sambil menyelam minum air.

Orang otak bisness semua perkara pun boleh jana keuntungan..tapi bergantung kepada rezeki yang Maha Esa juga..

Anyway, baru ambo tahu erti bersyukur selepas dapat tahu bukan ambo sorang saja yang poket sempit semester ini..Dan ambo ini dikira dalam kategori beruntung juga..

Rupanya ramai yang tak ber'PTPTN' tapi bergantung pada biasiswa 'pa&ma' yang tak selalunya mengalir masuk ke akaun bank bertali arus.

Mungkin finacial planning patut jadi keutamaan ambo untuk semester hadapan.!!

notaburuk::benarlah syukur itu lebih tinggi dari sabar,,kerna ramai yang mampu bersabar tapi tak mampu bersyukur.

Photobucket

Applikasi Al-ma'thurat Mobile.

Assalamualaikum,,

Ketidakupayaan melelapkan mata disebabkan kegusaran akan banyak lagi topik yang belum di"cover"
untuk test Electric Machine mendorong ambo untuk terus mentelaah dan mentelaah..uihhh!!

Tetiba tengah rancak jejari mengelongsor atas touchpad..tetiba (tetiba lagi) jumpa doa-doa al- Ma'thurat.

Sejujurnya ambo sendiri pun belum melazimkan membaca al-ma'thurat..Tapi ambo ingin berkongsi dengan kamu-kamu yang tersesat di dunia bawah tempurung ini.

Jadi selepas ini, bila ambo belek-belek blog ambo, mata ambo terpandang post yang ini dan harap diberi kekuatan untuk mengamalkannya..amiinn.


Senarai Doa Al-Mathurat Sughro - dengan Terjemahan


Terima kasih dan cc kepada empunya laman sesawang tentang aplikasi al-ma'thurat mobile.Jika ada yang ingin mendapatkan aplikasi android M-Ma'thurat boleh klik sini >>>.M-Ma'thurat

notaburuk::sayang sekali tepon ambo tiada android..


Photobucket

Jun 19, 2012

Peraduan Cornetto Love Uda & Dara

salam,,

Kecur air liur gua ambo bila tengok gambar coklat cair atas aiskrim Cornetto terbaru.
Sebelah coklat putih dan sebelah coklat yang warna coklat hahaha..



Sempena pelancaran varian terbaru Wall's Cornetto, Black & White, Cornetto mempersembahkan siri realiti terbarunya, "Cornetto Uda & Dara".


Sebanyak 12 peserta rancangan realiti ini berpeluang mengenali kekuatan, kelemahan, menerokai sifat serta potensi sebenar diri melalui cabaran-cabaran yang menarik!!

Wang tunai RM 20 000 dan hadiah-hadiah menarik yang lain menati dua(2) pemenang rancangan Cornetto Uda & Dara ini..


Yang menariknya kita juga berpeluang untuk turut memenangi hadiah dari Cornetto..Bagaimana caranya??
meh nak habaq mai...

Klik gambar dibawah dan jawab soalan-soalan yang paling teramat senang..

>>>KLIK GAMBAR DIBAWAH<<<


notaburuk::Enak bangat dapat menikmati ini aiskrim..tapi nikmat lagi kalau dapat free!!


Photobucket

Jun 17, 2012

Persahabatan U22 Malaysia vs U22 Qatar

salam,,

17 jun 2012 pada jam 4.30 ptg nanti anak-anak buah Ong Kim Swee akan turun menentang skuad U22 Qatar.
Perancangan awal U22 Malaysia sepatutnya menentang skuad U22 Timor Leste tetapi dibatalkan di saat-saat akhir...tak berani fight kot!!

>>SIARAN TERTUNDA MALAYSIA U22 VS QATAR U 22 DI RTM 1<<




Jadi sebagai pengganti skuad U22 Qatar tampil menjadi lawan skuad U22 Malaysia. Kiranya Malaysia dapat lawan lagi berkualiti la senang cerita..

Untuk makluman perlawanan persahabatan ini merupakan persiapan terakhir untuk U22 Malaysia sebelum mengharungi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun 2013 di Myammar 23 jun -3 julai 2012.


Info mengenai Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun 2013 |




notaburuk::Insyaallah kena cara main boleh pergi jauh skuad ini...

Photobucket

Selamat Hari Bapa

Salam,,

Alhamdulillah hujan kembali menyimbah bumi tandus shah alam.Seyes amat sejuk di hujung minggu ini selepas panas terik beberapa hari. dan disusuli jerebu.

Tengok suasana macam di genting highland tapi tak sedingin sana..

17 jun 2012 orang kata sambutan hari bapa..entah la.gua ambo pasal tarikh-tarikh begini tak berapa ingat. bagi gua ambo hari-hari pun boleh jadi hari bapa..



Nak ucapkan hari bapa kepada ayahanda pun bukannya dia baca kat dunia bawah tempurung gua ambo ni..

Tapi ta kisahlah,, paling tidak pun niat itu terzahir disini...Jadi "SELAMAT HARI ABAH" dari anakanda yang tak berapa nak kenang budi..haissshh!!




notaburuk::give me a few second to look back into myself..mcm pelik je bunyi ayat gua ambo.

Photobucket

Jun 13, 2012

EURO 2012::Live Streaming Netherlands vs Germany

Salam,,

Live Streaming Netherlands vs Germany 14 Jun 2012 | Sememangnya perlawanan untuk kumpulan B ini sangat dinanti-nantikan.

Kumpulan maut, itulah gelaran untuk kumpulan ini. Belanda semestinya mahu mendapatkan 3 mata penuh untuk memastikan pemburuan tempat ke peringkat seterusnya terjamin selepas dikejutkan Denmark tempoh hari..

Tapi pasukan yang ditentang bukan calang-calang...Jerman tu!
Bagi yang memilih untuk menonton menerusi live streaming boleh melayari link yang disediakan dibawah.

sumber gambar::ronaldo7


>>>>Sila Klik Link Di Bawah<<<<

Info mengenai pertemuan antara Belanda-Jerman::

15 Nov 2011Germany v NetherlandsL3-0International
17 Aug 2005Netherlands v GermanyD2-2International
15 Jun 2004Germany v NetherlandsD1-1European Championship
20 Nov 2002Germany v NetherlandsW1-3International
23 Feb 2000Netherlands v GermanyW2-1International
18 Nov 1998Germany v NetherlandsD1-1International

sumber::11v11.com lshunter.tv

notaburuk::Jangkaan..Jerman la kot patut menang..

Photobucket

EURO 2012::Live Streaming Denmark vs Portugal

Salam hari-hari,,,

Live Streaming Denmark vs Portugal 13 Jun 2012 | Semalam match untuk kumpulan  A amat membosankan sampai boleh tertidur. Tengok skuad Harimau Malaya main semasa menentang Singapore lagi menarik jaringan pun world class...ecehhh cehh nak puji bila menang!!

Awal pagi nanti perlawanan untuk kumpulan B bakal berlangsung. Pada jam 12 tgh malam nanti Portugal bakal turun menentang Denmark yang mengejutkan Belanda pada perlawanan lalu.
Bagi pasukan Portugal ini merupakan misi hidup mati mereka untuk meneruskan kemaraan bagi saingan Euro 2012 ini.

Untuk menonton menerusi live streaming sila klik link dibawah;

sumber gambar::ronaldo7

 >>>>Sila Klik Link Di Bawah<<<<

head-to head Denmark-Portugal::

11 Oct 2011Denmark v PortugalW2-1European Championship
08 Oct 2010Portugal v DenmarkL3-1European Championship
05 Sep 2009Denmark v PortugalD1-1FIFA World Cup
10 Sep 2008Portugal v DenmarkW2-3FIFA World Cup
01 Sep 2006Denmark v PortugalW4-2International

sumber::11v11.com &  lshunter.tv 


notaburuk::prediction...portugal kott..!!
Photobucket

Jun 11, 2012

EURO 2012:: Live Streaming England vs France

Salam,
Live Streaming Englang VS France 11 Jun 2012| Ekslusif untuk mereka yang sekali lagi terperangkap di ofis-ofis kerana shift malam dan tiada stadium Astro di pejabat. Juga untuk peminat-peminat bola sepak yang mana tiada Astro dirumah, yang ada cuma internet Unifi laju tahap nak 'mampus'.

Anda semua jangan kecewa, disini ada link live streaming untuk anda menonton perlawanan pembukaan EURO 2012 bagi group D antara England vs France.

Perlawanan akan bermula jam 12.01 am (waktu malaysia). Yang pasti tiada live di TV3.



 >>>>Sila Klik Link Di Bawah<<<<


*mcm biasa klik link diatas dan cari  France - England dan anda akan jumpa senarai link.

Semamangnya demam Euro 2012 terus berterusan disamping wabak test dan tugasan-tugasan di universiti untuk budak-budak U semakin membimbangkan.

Take your time to release tension by watching this interesting match.

sumber::oleole.com 

notaburuk::sapa main cantik, dapat skor aku sokong..senang cerita team mana menang aku sokong haha.

Photobucket

Jun 10, 2012

International Friendly:: Argentina vs Brazil 9 June 2012

Salam...

Dalam kesibukan melayan wabak demam Euro dari Poland dan Ukraine sana, rupa-rupanya ada satu match yang boleh tahan rancaknya. Persahabatan antara dua seteru utama benua Amerika Latin Argentina vs Brazil. Perlawanan persahabatan tersebut telah berlangsung di East Rutherford, New Jersey.



Skuad Brazil kali ini dalam persiapan untuk sukan olimpik London 2012 menentang skuad utama Argentina yang dalam persediaan untuk kelayakan Piala Dunia 2012 di Brazil nanti..

      Keputusan::

BRAZIL        3 - 4        ARGENTINA     
23' Romulo                             31' Messi
56' Oscar                               34' Messi
   72' Hulk                                 76' Federico
                                               83' Messi  





notaburuk::Messi menggila dalam kesibukan rakan-rakannya di Spain mencongak strategi di Europe.


Photobucket

Jadual Siaran EURO 2012 di TV3

Salam EURO 2012 untuk sekian kalinya...
Deman EURO telah melanda seluruh dunia. Wabak yang berpunca dari Poland dan Ukraine ini semakin serius sejak sepak mula berlangsung antara Poland VS Greece.




Media Prima menerusi TV3 turut menyiarkan siaran langsung EURO 2012 kali ini. Sebanyak 16 perlawanan secara langsung di siarkan di TV 3 dan siaran ulangan di ntv7 dan portal Tonton secara percuma.

TARIKH
PERLAWANAN
MASA
8 Jun 2012, Jumaat
Poland lwn Greece
12.00 tgh mlm
9 Jun 2012, Sabtu
Belanda lwn Denmark
12.00 tgh mlm
10 Jun 2012, Ahad
Ireland lwn Croatia
2.45 pagi (Isnin)
11 Jun 2012, Isnin
Ukraine lwn Sweden
2.45 pagi (Selasa)
12 Jun 2012, Selasa
Greece lwn Republik Czech
12.00 tgh mlm
13 Jun 2012, Rabu
Belanda lwn Jerman
2.45 pagi (Khamis)
14 Jun 2012, Khamis
Sepanyol lwn Ireland
2.45 pagi (Jumaat)
15 Jun 2012, Jumaat
Sweden lwn England
2.45 pagi (Sabtu)
16 Jun 2012, Sabtu
Greece lwn Russia
2.45 pagi (Ahad)
17 Jun 2012, Ahad
Belanda lwn Portugal
2.45 pagi (Isnin)
18 Jun 2012, Isnin
Itali lwn Ireland
2.45 pagi (Selasa)
19 Jun 2012, Selasa
England lwn Ukraine
2.45 pagi (Rabu)
22 Jun 2012, Jumaat
Suku Akhir 2
2.45 pagi (Sabtu)
23 Jun 2012, Sabtu
Suku Akhir 3
2.45 pagi (Ahad)
28 Jun 2012, Khamis
Separuh Akhir
2.45 pagi (Jumaat)
1 Julai 2012, Ahad
Akhir
2.45 pagi (Isnin)


notaburuk:: euro,,,study,,,euro,,,study..take time to think for a moment which one is the first priority.

Photobucket

EURO 2012::Live Streaming Germany VS Portugal

Salam EURO untuk rakyat MALAYSIA...semacam bunyinya!!

Live Streaming Germany VS Portugal 10 JUN 2012 | Ekslusif untuk mereka yang terperangkap dengan kerja-kerja di pejabat , TV rosak, ataupun mungkin hujan di luar sana sehinggakan siaran di Stadium Astro tergendala.
Jadi pastikan sambungan internet anda dalam keadaan baik. Untuk menonton secara online klik link yang tersedia di bawah dan cari link untuk perlawanan Germany VS Portugal.
Perlawanan bagi kedua-dua pasukan yang berada dalam kumpulan B ini akan bermula jam 2.45 am (waktu Malaysia)


Head To Head::

19 JUNE 2008 : Portugal 2 - 3 Jerman (Euro 2008)
  8 JULY  2006 : Jerman  3 - 1 Portugal  (WC 2006)



>>>>Sila Klik Link Di Bawah<<<<




sumber :: CR7fan.net  & lshunter.tv

notaburuk::Harapan menggunung untuk Portugal dan Jerman meloloskan diri ke pusingan seterusnya..


Photobucket

Jun 8, 2012

Hilangkan Stress:: Masing-Masing Punya Skill

salam, malam jumaat.

Serius mengantuk tapi kalau dah tension, kepala otak stress baik tak payah cuba untuk tidur confirm tak lena...tetiba starting entry dengan statement tension.




Sepanjang hidup aku atas muka bumi tuhan ini, dapat aku perhatikan pelbagai cara orang @ manusia @ hamba Allah.. (mana-mana istilahlah yang ikut sedap lidah menyebut) lakukan untuk hilang stress..



First, yang tengah famous dan menjadi trending sekarang ini...post kat  dinding Facebook, tweet kat tweetter, hentam dalam blog. Kiranya satu dunia boleh tahu seseorang tu tension...haha macam ayat perenggang first diatas..

Lagi..layan lagu kat You Tube...lepas habis layan share kat dinding FB..sekali lagi semua orang tahu..!

Lagii...lepak dengan kengkawan..yang ini special kes untuk yang ramai kengkawan la.Lagi ramai geng lagi cepat hilang tensionnya..agaknye la. !! aku tak taw..sebab geng tak ramai.~kehkeh

Lagiii...lepas tension dekat kengkawan..yang ni agak kontra dengan cara diatas..ini boleh dikatakan special kes juga..tapi macam mana kes ini nak di kelaskan itu masing-masing punya penilaian..
boleh jadi kes "bajet bagus". bila tension saja sound kengkawan, kiranya kengkawan saja la silap, dia betul,,kengkawan saja yang salah,,,bersalah,,, harus dipersalahkan,,,wajib mengaku salah dan last sekali 'noob'..apa itu 'noob'? cari dalam kamus..nah ini link kamus online.!!






Lagiiii..layan movie dekat panggung. Yang ni jenis taste high kelas. poket padat dengan 'kertas bernilai'. Tapi yang ni bagus sebab tak menyusahkan orang, malah menguntungkan tokey panggung,,TGV, BIG CINEMA, dll.


Lagiiiii..minum air kencing setan dekat pub..yang ni tak pernah jumpa lagi secara 'live'..dalam movie ada tunjuk..seyes bukan aku nak reka-reka. Mungkin bagi mereka boleh hilangkan tension tapi kalau sudah mabuk teramat menyusahkan dan men'tension'kan orang lain..yang ni memang setan..nauzubillah minta kita dijauhkan..



Lagiiiiii....yang ini mungkin yang terbaik..bila tension,,, stress,,hilang pedoman terus ambil wuduk baca al-quran, solat dan doa...yang ini seyes terbaik. Cuma ramai (termasuk aku..hahahehehihihuhu) terlepas pandang. Asal ada problem terus kembali pada Yang Maha Esa..The Creator..The Almighty..Allah s.w.t. Sebab dia jadikan kita, jadi penawar yang terbaik Dia saja yang tahu.
Kalau kereta rosak takkan hantar klinik,,KPJ Specialist Hospital kott,,sah-sah hantar pusat servis.
Melainkan kalau yang jenis "genius" luar biasa..kereta rosak pergi repair kat kedai basikal.




Lagiiiiiiiii....lagii aku rasa baik mereka yang terbaca entry ini fikir sendiri..
Sapa yang baca??

  • Mungkin sapa yang tahu apa itu Busuk.Org sebab aku selalu submit artikel kat situ..
  • Mungkin sapa yang join Kelab Blogger Ben Ashaari kat Facebook..kekadang aku share kat situ.
  • Mungkin juga sesapa yang tersesat di dunia maya..Jadi sebelum kembali ke pangkal jalan lepak baca entry 'menarik' ini dulu..hahahahuihhhh!!

notaburuk::dekat-dekat final exam ni memang waktu krtikal..silap setting jadi tension. Tengok nota dan buku pun macam tengok game bola Malaysia vs Filipina tempoh hari.







Photobucket