Aug 3, 2012

Undian Piala Malaysia 2012

Salam Ramadhan,,

Undian Piala Malaysia 2012 telah pun diadakan pada petang tadi semalam bertempat di Dewan Felda Jalan Semerak. Majlis undian turut disiarkan secara langsung menerusi Saluran 801 Astro Arena.

Sejujurnya ambo terkesima melihat undian tadi lebih-lebih lagi bila melihat saingan kumpulan B yang digelar kumpulan maut. Misi The Red Warriors untuk memburu kejuaraan ketiga musim ini nampak agak getir apabila bakal berdepan naib juara Piala Malaysia 2011 yang juga seteru pantai timur iaitu Terengganu.

Turut serta dalam kumpulan 'maut' ini ialah juara Liga Perdana 2012 pasukan ATM dan diikuti bekas juara double treble Kedah. Yang menariknya barisan pemain Kelantan bakal berdepan pasukan bimbingan bekas jurulatih sebelum ini iaitu James Peter Butler (Terengganu) dan B.Sathianathan (ATM).

kumpulan Piala Malaysia 2012


Yang ambo kurang puas hati sket bila Kumpulan A nampak seperti bakal dimonopoli oleh pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII.

Apa-apa pun ambo harap Piala Malaysia tahun 2012 ini terus kekal di bumi Malaysia. Jangan sampai 'terbang' ke seberang tambak sudah ler...kehkeh!!

Seperkara lagi saingan Piala Malaysia dijangka bermula pada 4 Syawal..maka penuhlah stadium dengan baju melayu dan bersamping..haha!!

notaburuk::Ambo harap Bojan Hodak ada ramuan istimewa untuk sekali lagi menjulang Kelantan bagi saingan Piala Malaysia kali ini.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...