May 28, 2011

Bila Poketku Kempis.

Alhamdulillah cuaca di shah alam pada waktu petang ni sungguh tenang dan nyaman..maklumlah baru je lepas hujan. Pejam celik pejam celik sudah 2 minggu beb kuliah intersesi berlalu..Kiranya sudah sampai separuh jalan dan insyaallah lagi 3 minggu untuk ditempuhi. Sepanjang 3 minggu itu 2 test dan 2 quiz akan menanti sebelum final exam tiba.

Kelas ambo untuk intersesi ini cuma 3 hari seminggu.hari-hari selebihnya dok terperap dalam bilik..mak oii sumpah bosan kalau begini sampai habis intersesi.

Nak dijadikan cerita ambo pun dapat kerja di sebuah restoran ala-ala McD milik bumiputra kat seksyen 7..dekat je dengan rumah yang aku stay sekarang nih. tapi jodoh ambo kat sini tak lama 2 hari je, pastu kena kick tetiba..kes nye ambo tak jawab call manager tuh (call suh ambo masuk kerja) sebab aku tertidur.. lepas tu ambo call balik nak minta maaf langsung tak dijawab. sumpah macam haram restoran nih..restoran tak de la busy sangat, customer pun boleh bilang dengan jari tapi berlagak macam restoran-restoran yang dah maju spt KFC takpun McD..aisyy beginilah melayu bila baru up!
So, sekarang ni ambo sedang kalut-malut kesana sini mencari kerja part time yang lain.



Tak cukup pusing-pusing satu shah alam ambo google kat internet langsung tidak ada kerja yang sesuai dengan jadual kelas ambo.
Kalau ade pun kerja kat McD, Pizza Hut tak pun KFC..Kalau boleh ambo nak cari pengalaman kerja selain daripada kerja kat fastfood.



Tapi dengan saving makin menyusut, poket pula makin kempis nampaknya fastfood pon fastfood lah janji masyuk. Lepas untuk bayar sewa umah, bil air, letrik dan yang satu family dengannya kira oklah..


#KataAmbo |  Terjah walk-in interview di KFC seksyen 15.

Photobucket

May 7, 2011

Habis Sudaa...!!!

DAH HABIS!!!!!!

Alhamdulillah.Tamatnya masa menjawab kertas peperiksaan communication engineering pada tengah hari (..bagi tepat lagi pada jam 12:01 pm) tadi maka secara rasminya habislah sudah segala perjuangan bersadurkan kecelaruan, kekusutan, kekalutan untuk semester ini. Cuba untuk merenung dan berfikir tentang apa yang tersurat dan tersirat disebalik segala pengalaman dan perjalanan hidup aku sepanjang semester ini. Ternyata banyak perkara yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran..(..hah tetiba masuk channel serius plak).

Cuti semester selama 4 bulan (disebabkan anjakan semester seluruh IPTA) sah-sah berkarat otak dan sendi aku kalau dibiarkan hibernate begitu saja. Tapi cuti aku kali ini cuma seminggu saja sebelum kembali ke Shah Alam untuk intersesi selama 1 bulan dan baki 3 bulan lagi belum ada apa-apa planning.
Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bergelar budak hostel.huhhu sayonara kolej jati.Segala susah payah sepanjang aku menetap di kolej ini akan jadi sweet,sour,bitter & salty memory.Masih ingat lagi bila balik kolej lewat kelentong pak guard dengan alasan-alasan yang 'bernas' semata-mata untuk lepas masuk kolej.begitu juga bila hendak keluar bila time dah lebih 12 pm..soory cik guard saya terpaksa hukhuksskhuk(..ini bukan batuk tapi ketawa yang tak ikhlas)!!

Semester hadapan aku jadi budak Non-resident (NR) pula..mungkin nampak macam bebas tapi lain padang lain belalang..so lain tempat dan situasi lain ragam dan cubaan. cubaan yang paling jelas nampak sekarang ialah bagaimana hendak planning budget..bayar bil elektrik,bil air,streamyx, sewa rumah, belanja hari-hari dan macam lagi benda yang berpotensi untuk mencelarukan kepala aku untuk semester hadapan...
Hari dah senja sekejap lagi dah nak chaoww balik kampung so aku tutupi warkah merapu meraban aku kali ini dengan....~ balik kampung hohohoo balik kampung hati giranggg.terbayang wajah2 yang kusayang satu-satu bermain dimata...blablaablaaaaa.~~



#KataAmbo |  nak jadi durian..dari luar berduri..isinya digemari.
Photobucket